Sweet Owner Assalamualaikum ! welcome to Secret Of My Heart .. And Welcome to MARY KAY WORLD.. Hope uolls enjoy .. weee~~ :D Bigfoots!
| kasih sayang Assalamualaikum semua..:D hari ini saya nak mempersembahkan sebuah cerita.. hahahahah saya harap para pembaca dapat menghayatinya yaa~ enjoyy~~ . . . Pada suatu hari di sekolah, seorang murid telah bertanya kepada gurunya.. pada ketika itu, guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.. Pelajar : cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai seorang yang paling kita sayang? dan macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan? Cikgu : ok..kamu ikut apa yang cikgu suruh ni. sekarang kamu pergi ke padang. Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu..pilih yang paling cantik tanpa menoleh kebelakang dan petik rumput yang paling cantik dan bawa ke kelas. maka pelajar tersebut pergi buat seperti yang disuruh oleh cikgunya. Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas.. tiada sehelai rumput pun ditangannya... Maka cikgu pun bertanya.. Cikgu : kenapa tiada rumput yang dipilih? Pelajar : tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik . Memang ada tapi cikgu kata petik yang paling cantik, maka saya pon teros berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai ke penghujung padang , saya tak jumpa pon yang paling cantik. Mungkin ada diantara yang dibelakang saya tadi rumput yang paling cantik tapi da cikgu cakap tak boleh menoleh kebelakang, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik. Cikgu : ok..nak tahu kenapa cikgu suro kamu buat macam tu.. Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mensia-siakannya kerana dia hanya akan hadir sekali sahaja dalam hidup kita dan mungkin juga dialah yang terbaik untuk kita. p/s : Hargailah orang yang ada di sekeliling kita. Andainya dia memang bukan milik kita, mungkin itulah satu ujian untuk kita dan ia akan membuatkan kita lebih matang dan sedar akan erti kasih-sayang.. :) 0 Comment(s) |