Sweet Owner Assalamualaikum ! welcome to Secret Of My Heart .. And Welcome to MARY KAY WORLD.. Hope uolls enjoy .. weee~~ :D Bigfoots!
| sebuah cerita.. aku ada sebuah cerita yang hendak aku kongsikan dekat korang semua.. kisah nie selalu mak aku ceritakan dekat adik-beradik aku.. kerana kisah nie mempunyai banyak pengajaran.. jom kita hayati kisah nie ea.. di dalam sebuah negeri..terdapat seorang raja yang adil.. dan semestinya mempunyai konco-konconya.. seperti perdana menteri,naib perdana menteri dan sewaktu dengannya.. selain itu,terdapat juga pekerja-pekerjanya bawahan(kuli la nak dikatakan).. seperti tukang kemas,tukang masak dan sebagainyelah..hehehehe pada suatu hari..sedang raja berehat.. tiba-tiba raja terdengar pekerja-pekerja bawahannya berkata begini..kuli 1 : raja kita nie sungguh tak adil!!..kenapa kita yang bekerja keras nie mendapat gaji sedikit??sedagkan dorang yang duduk sahaja mendapat gaji banyak.. kuli 2 : aku setuju dengan ko.. setelah raja tersebut mendengar kata-kata pekerja tersebut.. maka raja teros memanggil salah seorang pekerja itu.. raja bertanya kepada pekerja tersebut.. raja : saya nak minta tolong awak sedikit..boleh? kuli 1 : boleh tuanku..ape dia?? raja : di dalam stor belakang terdapat seekor kucing betina baru melahirkan anak..jadi saya nak minta awak pergi tengok kucing tersebut sekarang.. maka kuli tersebut teros pergi melihat kucing tersebut.. setelah dia melihat kucing tersebut,dia pergi mengadap raja dan berkata.. kuli 1 : kucing tersebut sihat tuanku.. raja : berapa ekor anak kucing yang telah dilahirkan? kuli tersebut teros pergi kembali melihat kucing tersebut dan mengira berapa ekor yang selamat dilahirkan..dan kembali semula kepada raja.. kuli 1 : 5 ekor tuanku.. raja : berapa ekor betina dan berapa ekor jantan?? kuli tersebut pergi balik ke stor tersebut dan buat apa yang raja suruh dan kembali semula mengadap raja.. kuli 1 : 3 ekor jantan dan 2 ekor betina tuanku.. raja : baiklah..awak duduk sini dulu..berahat sebentar.. raja teros mengarahkan kuli ke-2 memanggil perdana menteri mengadap raja tersebut.. beberapa minit kemudian perdana menteri pon tiba..dan raja berkata.. raja : saya nak minta tolong awak untuk pergi ke bilik stor sekejap kerana terdapat seekor kucing betina baru lepas melahirkan anak..awak pergi melihatnye sekejap boleh? pm : baiklah tuanku.. maka PM pon pergi melihat kucing tersebut sambil mencatat beberapa maklumat..setelah beberapa minit,PM tersebut mengadap raja dan berkata.. pm : kucing tersebut selamat melahirkan 5 ekor anak kucing..mempunyai 3 ekor jantan dan 2 ekor betina.. raja : baiklah..saya berpuas hati dengan jawapan awak..sekarang awak boleh pergi.. setelah PM pergi maka tinggallah kuli yang masih tercegat di situ..dan raja berkata.. raja : sekarang awak lihat sendirikan..awak bekerja hanya menggunakan tenaga tetapi PM pula menggunakan otak dan juga tenaga untuk memajukan lagi negara kita..awak hanya menurut perintah sahaja kerana awak tak tahu apa yang perlu awak buat untuk memajukan negara ini..itulah perbezaan antara awak dan orang atasan.. kuli itu hanya mendiamkan diri dan mengakui semuanya..dan dia sepatutnye bersyukur apa yang dia ade sekarang dan majukan lagi dirinya serta negaranya juga.. da habis da ceritanya..penat aku menaip..hihihi~ renung-renungkan dan selamat beramal..ceh~ hahahahaha 4 Comment(s) |